Friday 18 March 2011

SOLO;FROM SAIGON TO KL BY OVERLAND


11 DEC 2010

KL-SAIGON


Berlepas ke saigon bersama daus dr cheras menaiki pesawat MH750,penerbangan yg cukup selesa dan di berikan free meals,
cuaca sgt baik,hanya mengambil masa 1jam 45 minit utk mendarat di ho chi minh city airport.
selepas selesai urusan imigresen dan luggage clearance kami pn terus pergi mendapatkan teksi ke hotel hong phu gia yg terletak di 19F bui thi xuan ben than ward,District 1....bayaran tambang yg di kenakan dr airport ke hotel ialah sebanyak DONG 350ribu,manakala hotel USD 150 per-night...
Bandaraya HCMC merupakan salah satu bandar yg terbersih di asia tenggara mempunyai jalan yg luas,bersih,taman2,dan di lengkapi dgn papan tanda yg tersusun,kelihatan motosikal kapchai berkuasa rendah&scooter mendominasi setiap pelosok jalan raya di HCMC.

Apa yg aku fikirkan skg ialah daus akan pulang ke malaysia besok,kerana die hanya di berikan cuti 2 hari shj oleh majikannye,manakala aku akan meneruskan perjalanan solo ke malaysia melalui jalan darat -hitchiking,menaiki bas,keretapi,jeep,moto...

Utk ke cambodia aku harus menyeberangi sempadan melalui Bavet  iaitu sempadan diantara vietnam/cambodia,yg terletak kira-kira 321km mengambil masa selama 6jam perjalanan dari hcmc-phnom penh,menaiki bas sapaco/mailinh iaitu syarikat bas yg memberikan perkhidmatan yg terbaik,selesa,efisien dgn bayaran hanya USD10.... 

No comments:

Post a Comment