Sunday 20 March 2011

DARI CU CHI TUNNEL KE PERGUNUNGAN KASHMIR YG BERSALJI

26 DEC 2010
KUL-DEL

Selepas menghabiskan hampir 15 hari di asia tenggara vietnam,cambodia,thailand menggunakan jalan darat,menempuh pelbagai halangan dan kesukaran seperti mencari makanan halal di saigon,bermalam selama 20 jam di dalam keretapi dari bangkok ke hadyai,sesiapa yg tidak kuat dr segi psikologi dan fizikal sudah pasti akan jatuh sakit menempuh perjalanan yg jauh merentasi dari sebuah negara ke negara menyeberangi sempadan,
aku bergegas dr bangkok ke kuala lumpur utk menaiki penerbangan seterusnya ke new delhi india,
flight D7 2506 berlepas dr lcct pd pkul 16:50pm,perjalanan mengambil masa selama 5 jam setengah,keadaan cuaca yg tidak baik,kabus yg tebal membuatkan pesawat mengalami sedikit masalah di angkasa,acapkali kedengaran juruterbang memberi isyarat supaya semua penumpang memakai tali pinggang dan melarang penggunaan tandas,


Sebaik sahaja tiba di indira ghandi airport dan mengambil bagasi... 
ketika  beratur melalui pemeriksaan imigresen,banyak soalan yg di tanya oleh pegawai imigresen india,
what is your good name?what are u doing here?






Main Bazaar Pahar Ganj
ketika aku keluar drpd indira ghandi airport menuju ke arrival hall aku dapati,keadaan dan suasana sekeliling asing bg aku,kelihatan gadis-gadis hindustani memakai sari yg berwarna warni,polis2 yg besar2 tinggi lampai,jarang sekali aku lihat,aku perlukan beberapa jam utk membiasakan diri pd suasana yg baru....pergi ke
kaunter prepaid teksi,teksi yg unik,iaitu kereta klasik,xtaw la model ape,ckp kt drebar teksi "tum hara jante anup hotel main bazar hain?main udhar jayega hain".....

sarapan segelas lassi epal yg di sediakan oleh budak nepal

penyediaan teh tarik dalam periuk..susu lembu,halia,teh
dimasukkan kedalam periuk,lalu di didih,sungguh lazat.

susah juga nk cari makanan halal,tp bnyk makanan yg berasaskan vegetarian,minuman kegemaran aku ialah lassi dan teh tarik india,








28 DEC 2010

New Delhi-Agra

A QUICK TRIP TO TAJ MAHAL;1 OF 7 WONDERS IN THE WORLD

Tatkala ketika penduduk delhi yg berjumlah 20 juta di buai mimpi yg indah,tepat pada pukul 5:30pg aku telah bersiap menunggu di lobi hotel anup main bazaar paharganj menunggu utk menaiki bas ke agra,urusan pembelian dan penempahan tiket bas telah diuruskan oleh pihak hotel,setelah hampir 15minit menunggu,muncul kelibat seorang lelaki tua yg berkulit gelap dan berjambang memandang tajam ke arah aku dan berkata sesuatu dlm hindi "AJAO!!!...AJAO!!!...AJAO!!!!....
m
Pekerja Hotel Anup pn memberi isyarat supaya aku mengikut dia...ku sangkakan dia adalah drebar bas tetapi setelah keluar dari hotel,langsung tidak kelihatan pun bas di depan hotel,rupe2nye dia hanyalah seorang penunjuk jalan ,di paharganj tiada stesen bas....syarikat bas akan mengupah beberapa orang pekerja bg menyelaras dan memastikan penumpang di bawa ke stesen bas yg di tetap kan yg terletak di sepanjang jalan utama main bazaar,mereka berbisnes dgn komisyen,sbg cth:- pekerja hotel dan si penujuk jalan td,mengambil komisyen drpd kita,kerana di sana tiada kaunter2 tiket yg di uruskan oleh syarikat bas,kesemua urusan2 pembelian&penempahan tiket di uruskan oleh travel agency dan pihak hotel.,

walaupun begitu kita masih mampu utk membayar kos tambang pengangkutan di india,ia masih di anggap murah bg rakyat malaysia.....


kedai-kedai yg terletak di celah2 bangunan

Si penunjuk jalan itu pn bawalah aku menyusuri di celah2 bangunan 3 tingkat di dalam kegelapan subuh yg amat dingin,menggigil aku di buatnye....ketika di celah2 lorong bangunan yg sempit dan batu bata yg di susun tidak kemas,membuatkan aku terasa seolah2 berada sezaman dgn aladdin dan ali baba 40 penyamun...
sayup2 kedengaran suara2 pengemis dan homeless mereka berkumpul ,duduk dan berhimpit himpit di tepi sepanjang jalan,membakar sampah2,kertas dan kotak utk menghangatkan badan dan tangan2 mereka drpd kedinginan yg mencapai suhu 10 darjah celcius...selepas 5minit berjalan ,menyusuri bangunan2 lama akhirnya sampai juga ke stesen bas,sementara menunggu bas sampai,aku mempelawa si penunjuk jalan minum teh panas,dgn isyarat tangan dan menyebut "chai pio" minum teh,RS10 secawan....rasa teh di india cukup enak dan lazat,adunan teh,halia,susu lembu asli memang mampu utk menghangatkan badan....
 
kerajaan india bersungguh2 utk memelihara alam,kempen kesedaran pemanasan global,tidak membenarkan kenderaan berenjin memasuki kawasan taj mahal  sejauh 1km....

mesra alam,kenderaan berenjin tidak dibenarkan masuk
 ke perkarangan taj mahal

east gate or west gate?

 hairan....kebanyakan orang2 india di delhi menyangkakan aku berasal dr bangladesh dan bhutan,tetapi ketika berada di kashmir,mereka menyangkakan aku orang dr pergunungan ladakh,iaitu kawasan yg berdekatan dgn tibet,mungkin disebabkan warna kulitku yg brawny dan memakai pakaian sejuk berbulu tebal,yg biasa di pakai oleh org pergununungan himalaya....

VIP SEAT?president of konggostan,di kerusi ini lah pembesar2  dr luar negara akan duduk bergambar
 

No comments:

Post a Comment